Thursday, May 30, 2013

Sebak bila...


Assalamualaikum

Sebak bila aku tengok pakcik tua bawak cucu dia makan kat KFC sambil mata terkebil2 tak tahu nak order apa, bila pegang pinggan tangan menggeletar, jalan pun tak selaju orang lain tapi still boleh tersenyum bila dia nampak cucu dia berselera makan ayam KFC.  Serius aku sebak. Sebab aku nampak sendiri benda ni tadi masa aku dengan adik aku singgah KFC. Sebelum balik aku sempat senyum dengan pakcik ni then dia tegur,

Pakcik: Makan?
Aku: Makan, pakcik.

Aku takleh sebenarnya tengok orang2 tua tak kira pakcik ke makcik ke jalan sorang2 nak lintas jalan, yang duduk tepi kaki lima/pasar minta sedekah or yang berjalan kaki dengan pakaian lusuh bawak beg berat2. Aku boleh menangis kat situ juga. Kadang2 aku sengaja alihkan pandangan. Bukan sebab taknak tolong, tapi belum sempat nak tolong aku takut aku dah 'banjir'(menangis) dulu kat situ. T.T

Yela, cuba bayangkan kalau mak bapak kita yang macam tu, mestilah kita sedih kan. Sampai sekarang aku still teringat kat pakcik tadi tuh. Entah datang naik apa la. Bas ke? Ya Allah, sanggupnya dia semata2 nak bawak cucu dia makan KFC. Tuh la orang cakap pengorbanan mak ayah ni memang terlalu besar takkan boleh dibalas dengan wang ringgit sekalipun.

Aku berdoa semoga Allah SWT merahmati kehidupan pakcik tadi tuh. Moga dia diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Aamiin. (':



*lama tak  update blog*