Thursday, May 30, 2013

Sebak bila...


Assalamualaikum

Sebak bila aku tengok pakcik tua bawak cucu dia makan kat KFC sambil mata terkebil2 tak tahu nak order apa, bila pegang pinggan tangan menggeletar, jalan pun tak selaju orang lain tapi still boleh tersenyum bila dia nampak cucu dia berselera makan ayam KFC.  Serius aku sebak. Sebab aku nampak sendiri benda ni tadi masa aku dengan adik aku singgah KFC. Sebelum balik aku sempat senyum dengan pakcik ni then dia tegur,

Pakcik: Makan?
Aku: Makan, pakcik.

Aku takleh sebenarnya tengok orang2 tua tak kira pakcik ke makcik ke jalan sorang2 nak lintas jalan, yang duduk tepi kaki lima/pasar minta sedekah or yang berjalan kaki dengan pakaian lusuh bawak beg berat2. Aku boleh menangis kat situ juga. Kadang2 aku sengaja alihkan pandangan. Bukan sebab taknak tolong, tapi belum sempat nak tolong aku takut aku dah 'banjir'(menangis) dulu kat situ. T.T

Yela, cuba bayangkan kalau mak bapak kita yang macam tu, mestilah kita sedih kan. Sampai sekarang aku still teringat kat pakcik tadi tuh. Entah datang naik apa la. Bas ke? Ya Allah, sanggupnya dia semata2 nak bawak cucu dia makan KFC. Tuh la orang cakap pengorbanan mak ayah ni memang terlalu besar takkan boleh dibalas dengan wang ringgit sekalipun.

Aku berdoa semoga Allah SWT merahmati kehidupan pakcik tadi tuh. Moga dia diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Aamiin. (':



*lama tak  update blog*

Sunday, February 24, 2013

Good Starting for The Year 2013


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Lama tak menulis iollss kekok uollss. Haha !
Bagi aku, permulaan tahun 2013 ni berjalan dengan lancar dan barakah sekali sebab banyak perkara yang baik telah berlaku. 

Pertama, syukur sangat2 sebab aku still dapat maintain pointer aku dekan lagi sem ini. Alhamdulillah walaupun agak berat jugak subjek2 masa Part 4 tapi aku berjaya juga. Yeayy ! Dan sekarang aku nak aim for ANC (Anugerah Naib Canselor). Doakan aku berjaya. Aamiin.

Kedua, hari ini bersamaan 24 Februari 2013 bukan sahaja merupakan hari lahir abang aku tapi juga adalah hari pertunangan dia. Tak sangka abang aku dah besar ! Haha.

Bersyukur dan agak rasa kekok jugak la sebab sebelum ni selalu pegi majlis bertunang cousin2 je, tapi sekarang abang sendiri pulak. Ganjil pulak rasa dia. Huhu.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun kalut sikit nak siapkan hantaran, tapi berkat usaha jaya cousin2 ku yang hebak2 belaka, maka hantaran siap dengan gilang gemilangnya. Nak harap tangan aku yang tak berseni ni, cess memang la tak rupa hantaran dah karang.

Dah la, membebel je. Orang bukan nak baca pun blog ko eya. *makan dalam*
k, fine.


The engagement. (:

The bride to be. (:

The bakal mak mertua and menantu.


Aww. :')


bakal besan. 

The makyong and makyang with abah and mak.

The mak and abah.

Hantaran pihak perempuan.

Hantaran pihak lelaki.

Ye tau, aku dah gemok. Diam la.

With Kak Jaja mama kepada Zara Imani omeyy angatt.

with my cousin Ika yang sanggup menebalkan muka tangkap gambo aku depan tetamu. -.-

And lagi satu berita gembira, cousin aku baru je dapat anak perempuan yang sulung. Yang lebih awesome, baby itew berkongsi tarikh lahir sama dengan abang aku. Sweet gituuu ~ Ekeke.

Apa-apa pn aku doakan abang aku dan juga tunangnya( ehem2) :p semoga dipanjangkan jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Aamiin. I'm so happy for you Anep. :') We love you.

p/s: makcik2 aku dah excited suruh pilih colour masa majlis sanding nanti. Haha. Kelakor. Nasib baik tak bahan aku bila turn aku pulak. Kalo idak, mampuih. -.-

Okay la, bye. Assalam. :)

Friday, November 30, 2012

RFOL Moment ! ;D



Assalamualaikum.

Jumpa ini di FSK 2,3,4 tadi and I just couldn't breathe. Such a RFOL moment sampai gelak guling-guling depan lif.  Staff UiTM memang terbaikkkkkkk !! HAHAHA. XD 




Monday, October 29, 2012


Will be back soon ! Insya-Allah. (: